
All the Latest
Apit-apit atau juga dikenali sebagai kuih sepit, atau rokok arab merupakan sejenis kuih tradisional Melayu.
Terdapat dua versi apit-apit, iaitu:-
✅apit-apit gulung (rokok arab)
✅apit-apit lipat (dilipat tiga segi - kuih sepit) Di Brunei, ia dikenali sebagai Karipit.
Asal..
Apit-apit telah lama dibuat dan terdapat secara meluas banyak negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Pada masa dahulu, apit-apit hanya dihasilkan semasa hari penting, tetapi kini apit-apit banyak dihasilkan untuk jualan harian. Ia adalah kuih kering dan tahan lama, tetapi perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Kini apit-apit dijual secara meluas malah boleh ditempah melalui Internet untuk tujuan borong.
Ia agak kurang popular untuk hidangan umum kerana ia mudah pecah dan sukar disimpan kerana akan menjadi lemau jika masuk angin.iaya popular dikalangan brunei,malaysia,singapura, indonesia.
Kini kuih ini telah di modenkan dengan meletakkan inti berperisa coklat atau mentega kacang di dalamnya.
Resepi Kuih Apit Apit :
Bahan-bahan :
✅Tepung gandum
✅ Gula pasir (kurangkan gula sekiranya tidak suka manis)
✅ santan ( guna santan pekat sekiranya menginginkan kuih itu lemak)
✅telur
✅garam - masukkan dlm santan dan kacau
Sediakan minyak utk goreng
Cara-cara :
✅Pukul telur hingga kembang.
✅Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
✅Panaskan minyak dengan acuan terendam.
✅Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.
✅Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak.
✅Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras.
✅Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.
✅Acuan kuih kapit bersaiz 4½"
Recent Posts
Archive
Tags
Give a Shout
Thanks for your interest in Apit Apit Mak Ani. For more information, feel free to get in touch.
123-456-7890


















